Social Icons

Pages

Saturday, September 17, 2011

eMpaT

Salam pembuka bicara kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian..
Semalam genap seminggu Fatiem meninggalkan kampung untuk meneruskan pengajian kat Kuala Lumpur nie..
Pada entry kali nie, Fatiem nak ceritakan perjalanan bbrp hari pertama Fatiem sebagai pelajar tahun 4 Fakulti pergigian UKM kampus KL.

9 Sept 2011 ( PERJALANANKU BERMULA)
Hari tu, Fatiem bangun awal sikit drpd selalu, lebih kurang pukul 5 pg macam tu. Bukan dikejutkan oleh Mak mahupun alarm, tapi terbangun sendiri dengan perasaan yang bercampur-baur antara sedih, gementar dan tidak sedia. Pagi-pagi lagi, Mak Fatiem dah sediakan makanan untuk bekalan perjalanan kami ke KL( Lupa pula Fatiem nak beritahu yang Fatiem balik KL ngan family Kak Hajar). Nasi putih, ayam masak merah, ayam goreng, ikan sardin goreng dan air kopi O; semuanya disediakannya bersendirian di awal-awal pagi.. Pagi tu, sempat la Fatiem mengemas barang2 yang masih berselerak di bilik dan memastikan semua brg keperluan dh dimasukkan ke dlm beg.
9.00 pagi- wktu yang dirancang utk kami memulakan perjalanan. Tapi tergendala kira2 1/2 jam. Kenapa? Sebab Fatiem la. Air mata nie jatuh menjurai-jurai x dpt nk stop. Sedih bkn kepalang. Al-maklumlah, 4 bln cuti dok meleset ngan Mak saja. Mn Mak p, ada la muka Fatiem kt situ. Tiba2 nk tinggalkn Mak sorg kat rumah, xda teman. Sebelum2 nie, Mak dok ngan Idik kat rmh..X pernah Mak dok sorg2 walaupun selepas Abah kembali ke Rahmatullah 12 thn lalu. Pasti ada kami y kecik2 nie kat rumah.
Walaupun Fatiem cuba kuatkan semangat, langkah kaki menuju ke kereta terasa teramat brt. Langkah kaki terumbang-ambing bagaikan si mabuk. Mulut Mak berkali-kali berkata " Tien pergi la balik berlajar elok2. Mak x pa dok sorg2. Dulu ms abah meninggal, blh ja Mak jaga hampa adik-beradik. X kan skrg Mak x leh dok sorang. Belajar elok2, jgn dok ingt mak selalu. Pandai la Mak jaga diri. Hang jgn dok nanges aish." Walaupun pd zahirnya Mak kelihatan kuat, aku th hati mak mesti sgt2 pedih. Melihat deraian air jernih keluar dari mata Mak membuatkan hati ini bertambah pilu. Hati ini mula berbisik, alangkah bagusnya kalau dapat Fatiem bw Mak tinggal bersama..Tapi manakan itu terjadi, Fatiem masih seorang pelajar y menumpang d asrama.
Setelah melabuhkn pinggul di dlm kereta, kepala Fatiem tegak menghadap ke depan. Sudah tak berdaya kepala nie utk menoleh, melihat wajah Mak y berlinangan air mata.. Kereta berlalu pergi meninggalkan Mak berseorangan melambai2 pemergian kami di halaman rumah.
1.30 pm-Kami tiba di Sg. Buluh. Fatiem akan bermalam di rmh Kak Hajar sblm pulang ke asrama. Setibanya di rumah kakak, 1 panggilan telefon dibuat kpd Mak. Kak Hajar Fatiem steady ja cakap ngan Mak. Fatiem pulak, bila start ja dengar suara mak, trus keluar balik air mata yang sepatutnya 98% dh stop.Sepetang Fatiem tidur, tak sedar hari dh masuk wkt maghrib. Sakit kepala bkn kepalang. Mungkin disbbkn tidak tidur sepanjang perjalanan ataupn disebabkn byk sgt nanges. Slps solat isya' dan mkn mlm, Fatiem smbung balik tidur, badan pun memang tak berapa nk sihat sejak lepas raya lagi. 

10 Sept 2011( SMS DARI IDIK)
Badan terasa sihat sikit hari tu. Mak mertua dan kakak ipar Kak Hajar akan dtg beraya tgh/hri tu. Kak Jah (kakak sulung Fatiem) pun nak dtg dari Klang di sebelah ptgnya pulak. Hari tu Kak Hajar masak nasi ayam..yummy...sedap.. Pagi2 lgi dia dh start masak.. Fatiem pulak? si pemalas nie, dok main ngan Sarah Syafiqah (my cute niece) aja. Best jugak jadik Baby sitter.  
Apa yang terjadi masa tetemu2 nie dtg Fatiem mls nk cete. ala....mcm biasa la..seperti rmh2 terbuka y len...
Lepas isya', Abg Taufik, Kak Hajar dan Sarah g rumah terbuka kat kwsn kejiranan Saujana tu. Fatiem malas nk ikot sekali. Bukannya apa, Fatiem x kenal ngan org situ, nanti jadik tunggul batu plak kat c2.
11 mlm-Kak Hajar tak balik2 lgi..Fatiem masuk tidur. Cerita 'STARDUST' y tinggal bbrp babak lagi dh tak larat Fatiem nk hbiskan. Sebelum melelapkan mata, handphone y seharian ditinggalkan dlm bilik diambil. 2 massages daripada Idik [Tien, aku x sanggup biar Mak dok sorang. tadi aku tepon Mak, Mak nanges..Mak ckp Mak sunyi] [Td aku tpn Mak ckp gelap pkok hujan, Mak nanges tadi. Mak ckp Mak x tkot tp sdih. Mak ckp dulu klu balik kerja ada hg atau aku, skrg balik rmh xda sapa. aku x tau makan minum Mak mcm mn.................................................]
SMS Idik membuatkn air mata berderai lagi. Idik mula patah smgt tuk trus bljr kt mtrx. jenuh jugak aku nasihatkan dia mlm tu.. Dulu lps PMR, Idik ada dpt twrn tuk smbg bljr kat SMK Raja Perempuan Bainun, tapi dia x g..Alasan y dia bgi, dia x suka aliran agama. Tapi Fatiem thu, sbnrnya dia x mau tinggalkan Mak sorang2 kat rumah. Masa tu Fatiem dah smbg bljr kat UKM nie, mmg tinggal dia ngan mak ja la kat rumh. Dia rela berhujan panas berulang alik ke sek harian kat pekan Selama. Kecik2 lgi dh pandai berkorban demi org tersayang. Mudah2an ALLAH membalas pengorbanan Idik ngan kejayaan berlipat kali ganda.Amin...

11 Sept 2011 ( MY REAL JOURNEY BEGIN) 
Hari nie balik asrama. Tahun nie kena tukar bilik, dari c101 to f111. biasalah, bila tukar bilik, byk kerja nk kena buat. Nasib baik dapat bilik aras 1 n dikelilingi oleh budak2 Dental gak bwh nie. Bilik baru, perabut baru, keadaan bilik baru(serba kuning gitu). Y kurang bestnya, lampu utama ngan kipas bilik Fatiem rosak la pulak. Terpaksalah bermalam dan berpanas buat bbrp hari nampaknya. Seronok dapat jumpa kawan2 y dh 4 bln ditinggalkan. Ada bbrp org y berubah wajah dan ada y maintain. y ketara dri segi saiz badan dan ketembamam pipi la..
Kat kolej kediaman nie pulak, y berubahnya adlh kafe nya. Dh tukar tender baru, design baru n systemnya pun baru. Makanannya x tau la lebih sedap ka x..Fatiem cuma beli air ja hari nie, makanan Kak Hajar dh bekalkan.

12 Sept 2011 (FIRST DAY)
Dh 4 bln x p kampus. tak byk y berubah di fakulti dan klinik. Kafe kat kampus pun dah tukar tender baru.. 
Hari nie xda kuliah, cuma kami diberi peralatan2 klinikal (Inventory peralatan Klinikal). sepatutnya group Fatiem akan bt inventory tu sebelah ptg, tapi Fatiem kn p awal juga ke kmpus kerana ada perjumpaan dgn dekan. Byk nasihat dan pesanan berguna diberikan oleh beliau.
Sesi inventory tamat agak lewat ptg tu, rancangan utk pergi ke pasaraya UO terpaksa dibatalkn dan ditangguhkan keesokan harinya.

13 Sept 2011 ( INFECTION CONTROL)
Pelajaran pertama tahun nie adalah Demo Infection Control. Kami diajar cara yang sebenarnya mengemas dan mencuci kawasan dan peralatan rawatan gigi dgn betul.Slps demo, kami diuji sama ada kami bnr2 faham demo yang ditunjukkan dan markah diambil berdsrkn ketepatan cara kami. Infection control mmg amat penting dlm bidang pergigian nie..Dalam mulut manusia,ada macam2 bakteria dan virus. Klu x dicuci betul2, semua keluarga pergigian akan terjangkit dengan pelbagai2 penyakit. Bukan kakitangan ja y akan terancam, pesakit2 lain pun turut berisiko jika infection control yang terbaik tidak dipraktikkan..



Untuk perjalanan hari2 selepas itu akan Fatiem ceritakan dalam entries yang lain pulak.. Fatiem dah rasa bosan untuk menaip, dan orang yang membaca pastinya berkali ganda lebih bosan drpd Fatiem. Sampai di sini dahulu entry kali ini, jumpa lagi dlm entry akan dtg..Terima kasih krn sudi membaca..=)








No comments: