Social Icons

Pages

Sunday, May 27, 2012

what i think of myself today~

  1. senang menyukai seseorang, tpi sekali dpat detect keburukan dia, terus reject~ cubalah memahami dan memaafi org lain..no one is perfect in this world except Allah..jangan terlalu mudah menyukai seseorang terutamany makhluk berlainan jantina! gunalah suka itu kepada Penciptamu dan simpanlah suka itu kepada tuanmu yang selalu merindui tulang rusuknya..
  2. senang termakan ngan pujuk rayu and ayat2 manis seseorang~dalam 1000 ayat manis manusia, hanya 1 yang berguna..Percaya dan yakinlah kepada janji2 dan kata2 dari Ya Rahman kerana semuanya adalah benar dan nyata..
  3. cemburu tinggi melangit..aku jealous bila org lain lebih dari aku..klu boleh, aku mesti no 1..tak boleh ada saper2 yang lebih dari aku..dari hal sekecik-kecik sampailah yang paling besar~jangan cemburu dengan kelebihan orang lain kerana Allah telah tetapkan rezeki seseorang sejak dari azali lagi..Allah Maha Adil, dia lebihkan sesuatu pada org tu, tpi ada kurangnya di tempat lain..Aku patut bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada aku..
  4. agak memilih..suka y cantik, comel n handsome~tak salah memilih, tapi pilihlah yang terbaik..pilihlah dia kerana agama bukan hanya rupa..
  5. sangat2 memerlukan teman tuk bersembang..yang betul2 ikhlas mendengar~Aku sentiasa memandang manusia adalah tempat aku meluahkan perasaan dan mengadu masalah..Aku sebenarnya lupa bahawasanya Dia sebenarnya rindu tuk mendengar cerita-cerita aku, mendengar cerita dan masalah aku dengan sebenarnya dan memberi penyelesaikan kepada sebesar mana pun masalah yang aku hadapi..
  6. sombong~aku berlagak ngan manusia, aku sombong ngan Allah..Aku lupa bahawasanya aku hanya lah seorang hamba..
  7. senang perasan~ xpayah nak perasan sgt la..kau tu bukannya sapa2..
  8. kurang confident bila buat sesuatu~ lack of confident is the main cause of failure...g buang jauh2 sikap tu..
  9. rupa aku tak lah seburuk yang aku sangka~patut bersyukur dengan apa y Allah bgi kat aku skrg nie..xpa la gigi berlapis, hidung tak mancung, pipi x comel, kulit gelap, badan gemuk,...yang penting jaga akhlakmu leklok..jadi dirimu leklok..jangan malukan agama, keluarga dan bangsa kamu..
  10. kerja last minit sentiasa membunuh aku~oleh yang demikian, start la buat kerja awal2..xpelah klu x dpt online, x dpt chat, x dpt g jumpa pakwe...yang penting Your study must be brilliant..lantak la kat pakwe hang tu,klu dia nak lari, silakan...yang penting suami tak lari..
  11. hati aku kosong~aku selalu ingat hati nie kosong sbb xda org nak tolong penuhkan hati nie, tpi sebenarnya aku sendiri y gagal tuk memenuhi hati aku dengan kecintaan dan ketaqwaan aku kepada-Mu YaRabbi
  12. aku cuba mengenal dunia, tpi dunia di luar sana sangat menakutkan~biarlah aku kat bwh tempurung nie sorang...lebih selamat dan bahagia..mulai saat ini Ya Allah, aku akan cuba mengenal-MU dan mentaati-Mu..biarlah kisah semalam menjadi sejarah.asalkan masa depanku dalam redhaMu ya Rabbi..
12 perkara y Allah sedarkan aku hari nie..

Saturday, May 12, 2012

Untuk Si Dia

Jika namamu yang tertulis di lauhul mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan pada diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku. 

Wahai seseorang yang tertulis di lauhul mahfuz ku, Imamku dan ayah dari anak-anakku. Engkau yang bersama dalam perjalananku nanti. Aku percaya kamu sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak

“Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: ‘Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.’”

(Hadis riwayat Al-Baihaqiy) ♥

Sunday, April 22, 2012

love story...

✿◠‿◠) Kisah couple (✿◠‿◠) LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect! 
PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?
LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan? 


PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?
LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah. 


PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.
LELAKI : Eh, kenapa?????
PEREMPUAN : Kerana tiga sebab Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka. Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama. Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..
LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk. 


PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.
LELAKI : Wslm


...........diciplak dr status update sorang rakan...

ada aku kisah~

Someone asked me to be his gf and i refused..
i said that i don't want to be his gf because aku takut terjebak dalam maksiat..
since then, he didn't want be friend with me anymore..

Kalau kau betul2 suka aku, ko patut ajak aku kawen bro..ajak jadi isteri bukan ajak jadi gf ja...
klu ko ajak jdi isteri aku mungkin akan pertimbangkan..
klu gf, mmg kompem aku reject...
bila aku tolak n mintak jadi kwan ja..kau terus takmo kawan ngan aku..
lantak la kau...
walaupun aku sedih hilang kwn macam ko, tapi aku bersyukur..
aku masih mampu mengawal diri aku..
aku mohon maaf klu dah sakitkan hati kau...dan mengecewakan kau..
aku doakan kau dapat gf y berkali ganda lebih elok dri aku...dan jadikan lah dia isteri kau y sah..
klu kau ada perkara nk kongsi ngan aku, silakan...
aku sedia mendengar...sbb aku masih kwn kau..macam sebelum2nya..


Sunday, April 8, 2012

bErserah

aku berserah..
aku tak tahu macam mn dh caranya nk kejar requirements..
endo-tak start apa ke benda lagi..
prostho-satu denture, crown, bridge pun tak siap
cons-sikit gler mrkh aku
perio-competency tez tak bt lagi, root debridement br 1 sesi
prev-diet counselling, smoking cessation tak start lgi...fissure sealant tak dak,

semuanya gara2 aku nie lembab sgt bt kerja..tak competent langsung..everything were slow..
org blh bt RCT 2 gigi, aku blh tgok ja gigi tu..
org blh bt 2/3 denture + 2/3 crown dlm 8 bln, aku satu denture pun tak dpt bg patient lagi..
org lain blh tmpl 3/4 btg gg dl ms 2 1/2 hours, aku sebatang pun terhegeh2..
org dh beratus2 kali bt root debridement, aku br siap e&D...
org lain dh brp kali jadi counselor, aku mampu tgok n dgr ja..

haish...fatiem oh fatiem...apa mau buat?
tolong la kerja cepat sikit...be more confident on ur works, and plez la prepare btol2 sblm nk start apa2..jgn main terjah je..
n lagi satu, tak la nk perfect sgt!! bkn lawa pon hasil kerja kau~

Ya Allah permudahkanlah dan lancarkanlah segala pekerjaanku..
Bantulah aku sepanjang pengajianku ini..
Kau rahmatilah perjalananku mengejar cita-cita dan impian..
Kau permudahlah segala kesukaran yang menunggu di hadapanku.
Janganlah Kau jadikan aku seorang yang hilang nilai kemanusian walau dalam apa jua keadaan..
Rahmatilah dan redhailah perjalanan hambaMu ini..



bOngOk

semuanya b0ng0k2 belaka...aku pun b0ng0k gak sbb melayan...
FULL STOP!!!babai....

Saturday, March 31, 2012

i'm overweight..

Sob..sob...sob..='(
i'm overweight...


my aim for this April is to reduce my weight to ideal..and at the same time i want to kempiskan part2 yang bermasaalah ni..
part2 y terlebih menonjol hrus dikecutkan..aku tak sanggup terus menayangkannya kepada umum..
rugi la aku...takkan aku nak bagi semua org tengok free ja..benda yang mahal klu bgi free, kan rugi gler2 tuannya..
lagipun..................aku nak bagi kat c special ja tgok..klu semua org dh tgok, kesian la dia..tengok sisa-sisa org ja..no more value there!!
oh c special,sy simpan semua nie baik2 utk awak..sy akan jaga maruah sy supaya awk takkan rasa malu nanti..auratku maruahku..aku akan jadi perempuan yang mahal hanya untukmu..
dan yang paling utama..aku tak mahu terus diselubungi dgn dosa..
aku tak mahu terus melanggar perintahMU wahai penciptaku..
aku tak mahu terus menyiksa bapaku atas dosa2ku..
aku tak mahu terus menerus jadi anak derhaka..

Friday, March 30, 2012

Aku Bosan

Aku bosan.
Aku bosan..
Aku bosan...
Aku bosan....
Aku bosan.....
Bosan bosan bosan...

semua pasal Kuala Lumpur aku bosan..dah nk smpai thp meluat dah..
-Bandar
-Suasana
-Manusia sekeliling
-Everything are bosaning...

nak cepat2 tinggalkan tmpt ni seketika..
buang semua kebosananan ni dulu sebelum teruskn hidup kat sini...
semuanya sebab rindu kat semua benda kat kampung. tak pasal2 kuala lumpur jadi mangsa...

Sunday, March 25, 2012

Mommy..I Love U~

terkejut aku mak tepon pagi tadi..
suaranya sedih memecah corong telefon..
seperti biasa aku membalas dengan nada gembira...bukan selalu mak nak tepon aku..
tapi aku perasan sejak dua menjak ni, mak kerap sgt tepon aku..
adakah sbb aku makin jarang telefon mak?
mungkin jugak...bukan nya apa..aku segan la bila ada org kat rumah..
tepon mak tu klu cakap, macam bt pengumuman kat 1 kmpg...semua org dengaQ.
mesti mak rindu kat aku..perah santan pulak pagi2 nie
banyak jugak mak meluahkan perasaan kat aku tadi..walaupun hanya 3 minit berckp, setiap kata2 yang dilontarkan penuh dgn makna..

terima kasih mak kerana mengingatkan Fatim mak..nasihat mak akan fatim ingt selalu...fatim doakan mak sentiasa bahagia dalam redha dan keberkatan Yang Maha Esa..

Ya Allah,
mampukah aku menjadi anak y terbaik kpd ibuku?
mampukah aku menjadi anak y solehah? y mampu membawa cahaya syurga kepada kedua org tuanya..
Ya Allah,
kau bantulah kami menjadi anak seperti mana yang ibu kami mahukan, 
yang mampu membahagiakan dia setiap detik dan ketika..
yang ikhlas melayan kehendak dan keperluan dia.
Ya Allah, berikan kami kekuatan..jauhkan kami dari kealpaan terhadap tanggungjawab kami.
Tanggungjawab kami kepadaMu, rasul2Mu, agamaMu, negara, bangsa, kedua ibubapa kami, saudara2 kami serta keatas diri kami...amin ya rabbal alamin...

Jom Kenali Diri..



JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yg  mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam, pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yg lasak. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka benda yg remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yg tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.

APRIL
Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangai idea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang.  Ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, emah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi.  dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak  bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

OKTOBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dgn org, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Wednesday, March 21, 2012

STOP ~ i don't want it anymore!!

senget betul la aku ni...ada ka patut aku guna panggilan 'awak' dengan lelaki...
dari segi bahasanya memang tak salah...tapi bak kata kawan aku, 'awak' tu hanya digunakan untuk orang yang spesial.. aku dok bantai ja guna ikut suka hati aku...why? is there anything wrong with the word?

pikiaQ punya pikiaQ baru la aku faham...'awak' tu perkataannya mesra sikit...nak tahu kenapa? cuba sebut awak dengan harakat yang panjang dgn lemah lembut sikit...macam nie...awakkkkkkkkk......rasa nak termuntah kan??? kalau nak bermesra-mesra dengan tut tet tit boleh la...kepada manusia2 diluar yang pernah aku panggil awak tu, jangan salah faham..AKU JAHIL...pasni guna kamu or hang ja..puas hati~

lgi 1 aku tak mo la pikiaq psl kawen kawen ni...fokus blaja dulu...kawen2 tu lain kira...tu urusan lepas blaja...ada jodoh, kawen la dgn spa2 pun...klu takda, aku hidup sorg2...sambung bljr...jadi pakar...enjoy dengan adik-beradik aku....(mulut ja berani kata macam ni..hati??.....................)
aku penat la nk pikiaQ psl teman berteman nie...aku mmg tak boleh nk bg sepenuh comitment...banyak lagi hal aku nk pikir-patient, test, project, aktiviti kolej dllllllllllllll.......seriez serabut kepala otak...
aku serahkan soal2 jodoh ni kepada Yang Maha Kuasa...Dia ja ya tahu apa yang terbaik untuk aku..

Monday, March 19, 2012

lenguhnya tangan...

serius lenguh tgn aku...
mengadap laptop main game...walla walla..
esok ada tutorial, tak baca btul2...boleh pulak dia p layan game..

hari ni, semua nya serba tak kena..
1st- simulasi tak gerak2..provi..provi..provi tak lepas2 lagi..
masa dah makin suntuk!!
nak ja aku ciplak spa2 punya tunjuk..like most of us did...tapi each and every time i want to do that, i feel really guilty..tak berani..tak snggup menipu diri sendiri..
tapi kalau terdesak sangat......fhm2 la ea...
2nd-e&D patient perio tak siap jugak!!! dh 3 kali panggil, x sempat jugak nak present..
i'm very slow macam siput..tak leh nk slhkan pt dtg lmbt ka pa..semuanya sbb my time mx is very poor (2gether with my communication skill la)..
3rd-my hp rsk lgi...ptt beli br ker? oh NO...not now..my pocket money dah nk lincau..nak mkn pasiaq?
blik kg nanti ciplak hp mak 1 la...hahha...
4th- tgh2 dok taip nie...kn isi saringan stress n kesihatan umum pljr pulak...
menambhkn stress btul la..

that all for today's merapu slot...

Monday, March 5, 2012

manusia makin cantik

tiba2 ada angin tuk update blog..

sejak dua menjak nie, gua perasan org2 di sekeliling gua makin hari makin cantik...makin cun melecun..
macam saling berlumba-lumba pulak nak jadi cantik
pantang sebut pasal produk kecantikan, ada ja yang nak test..
bila berada ngan diaorg y dok sembang2 pasal produk2 nie...gua memang totally blur..
toner, bb cream, day cream, night cream n bla bla bla... aper kejadahnya banyak sangat benda nak tempek kat muka? perlu ka semua benda nie letak kat muka.
y aku tahu...bedak compact and lip balm...tu pun seminggu sekali je kot aku sapu kat muka..(bila ada mood nk bergaya sikit)
hidop pompuan nie mmg complex la..byk benda nk kn spu kat muka, rambut, badan dan yang seumpama dgn nya..klu x cukup, x sempurna hidup..

jauhnya melalut....back to the main topik.."manusia(xspecially my frenz) makin cantik"
nie bbrp sbb y aku dpt fikirkan y menjadikan mereka2 nie nak cantik

  1. makin matang ~ naluri tuk menjadi cantik membuak-buak
  2. affordable ~ walaupun produk2 kecantikan nie semuanya cekik drh, klu dh mampu mmg no hal la bro..
  3. publisiti ~ pengedar produk kecantikan nie mmg pandai nk bgi laku produk diaorg..promosi bagai2..betul ka x blkg kira, y penting LAKU...
  4. dah berpunya? ~ mmmm....of coz la...bgi y dah ada putera impian dlm hati tu, mestila nk kelihatan lawa selalu.. khas tuk c dia..
  5. ingin berpunya ~ usia makin dewasa - keinginan nk kawen tu mula la terasa..tambah2 bila tgok kwn2 sebaya malah lagi muda dh berumah-tangga..mesti la dengki!! 


gua pon terhingin gak jadi cantik nie ( aku pon pompuan gak) ~ cuma blom dpt seru...mungkin belom bersedia menerima sang istimewa dlm hati... n i really don't know how...
tunggulah bila ada y berjaya menawan hati...bru gua pakai produk2 kosmetik nie...only for you..=P
kepada kawan2 sekalian, teruskan usaha menjadi cantik dan menawan...
i may need your help someday, when i meet my prince charming...=)