Social Icons

Pages

Tuesday, October 22, 2013

keluarga

Dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kesemuanya adik beradik perempuan, menyebabkan dunia aku agak berbeza dengan orang lain. Walaupun sebenarnya aku ada seorang abang, tapi dia telah dijadikan anak angkat saudara sebelah ayah sejak dilahirkan lagi. Hubungan kami memang tidak rapat. Nak tengok muka masing-masing memang jarang sekali. Berjumpa pun, waktu raya. Setahun sekali pon belum tentu dapat berjumpa. Tetapi bersyukur ke hadrat Illahi, sejak kebelakangan ini abang kerap balik melawat mak, mungkin ada sinar baru untuk keluarga kami bersatu...hek hek hek..
Setiap kali membincangkn hal keluarga, pelbagai masalah rumit wujud. Untuk mendapatkan sebuah keluarga yang betul-betul bersatu memang jarang sekali terjadi. Tambah2 bila masing2 dah meningkat dewasa, punya impian, matlamat dan pemikiran sendiri. Pelbagai masalah rumit muncul satu persatu. Mak abah pulak makin berusia, cepat sangat terasa dengan sikap anak-anak.
Diharapkan semua masalah dalam keluarga dapat diselesaikan dengan bijaksana dan tidak mengecewakan mana2 pihak..