I met someone.
Berjumpa atas urusan rasmi..
Tapi aku seriezly nervez giler.. benda sepatutnya aku cakap pon habis aku lupa.. rasa macam nak cepat2 keluar dan jauh dari dia.. rasa tak sedap hati ngan aku yang serba kekurangan ni ( berpakaian selekeh dan tidak menepati kehendak syarak, cetek ilmu agama, dan banyak lagi la buruknya ) untuk berdepan dengan insan y hampir sempurna seperti dia.
- Tuan imam - berpendidikan tinggi - alim - muda - bergaya - kemas - sopan - single but unavailable maybe - anak sulung - smart - handsome - car lover - ore kelate -
Maaf tuan imam, takde niat pon nak lari cepat2 tadi tpi mmg reflex semulajadi badan ni y terlampau nerves bila berjumpa ngan anda. Semoga segala niat baik anda untuk mengimarahkan masjid berjalan dengan lancar dan sentiasa di bawah naungan kasih dan rahmat Illahi. ALL DA BEST. .
Bila diberi kesempatan untuk berjumpa dengan orang2 y tinggi pengetahuan agama ni, aku teramat takut. Kalau boleh, mmg xnak terserempak dan berjumpa dengan mereka.
Setiap kali diajak menemani mak ke Pejabat Agama Daerah mesti aku mengelat.
Setiap kali menghantar anak sedara ke sekolah, terserempak dengan ustaz dan ustazah, cepat2 aku melarikan diri.
Setiap kali melintasi perkarangan masjid, mesti aku cepat2 beredar.
Setiap kali selesai solat berjemaah di masjid, cepat2 berjalan meninggalkan masjid, tunduk malu.
Setiap kali berbicara dengan rakan2 y digelar "orang masjid ", aku segera melarikn pandangan sebanyak mana y boleh.
Bukan takut sebenarnya, ianya lebih kepada malu. Aku sangat mengagumi orang2 seperti mereka. Teringin nak menjadi seperti mereka y sentiasa menyayangi dan mencintai Allah dan Rasul lebih dari urusan duniawi. Takde guna untuk aku menyatakan berjuta2 alasan kenapa aku tak boleh menjadi seperti mereka kerana semua alasan adalah alasan. Segalanya terletak kepada diri aku sendiri sama ada untuk berubah atau tidak.
Aku berharap suatu hari nanti aku akan berjaya menjadi seperti mereka. Mulai saat ini, aku mesti mengurangkan dan seterusnya berhenti melakukan perkara y sia2. Di samping itu, meningkatkan sedikit demi sedikit amalan y mendapat redha Illahi.
Ya Allah, bantulah usaha aku untuk menjadi hamba-Mu y sentiasa taat dan patuh kepada semua perintah-Mu, berpegang teguh kepada ajaran rasul-Mu, menjadi hamba y mencintai kehidupan akhirat lebih dari dunia.
Ya Allah, aku tahu bahawasanya aku tidak mampu untuk melakukn semua itu seorang diri. Kau berikanlah aku pembimbing y boleh mengajar dan memberi semangat untuk aku menjadi kuat di atas jalan-Mu Ya Allah.