Social Icons

Pages

Sunday, March 25, 2012

Mommy..I Love U~

terkejut aku mak tepon pagi tadi..
suaranya sedih memecah corong telefon..
seperti biasa aku membalas dengan nada gembira...bukan selalu mak nak tepon aku..
tapi aku perasan sejak dua menjak ni, mak kerap sgt tepon aku..
adakah sbb aku makin jarang telefon mak?
mungkin jugak...bukan nya apa..aku segan la bila ada org kat rumah..
tepon mak tu klu cakap, macam bt pengumuman kat 1 kmpg...semua org dengaQ.
mesti mak rindu kat aku..perah santan pulak pagi2 nie
banyak jugak mak meluahkan perasaan kat aku tadi..walaupun hanya 3 minit berckp, setiap kata2 yang dilontarkan penuh dgn makna..

terima kasih mak kerana mengingatkan Fatim mak..nasihat mak akan fatim ingt selalu...fatim doakan mak sentiasa bahagia dalam redha dan keberkatan Yang Maha Esa..

Ya Allah,
mampukah aku menjadi anak y terbaik kpd ibuku?
mampukah aku menjadi anak y solehah? y mampu membawa cahaya syurga kepada kedua org tuanya..
Ya Allah,
kau bantulah kami menjadi anak seperti mana yang ibu kami mahukan, 
yang mampu membahagiakan dia setiap detik dan ketika..
yang ikhlas melayan kehendak dan keperluan dia.
Ya Allah, berikan kami kekuatan..jauhkan kami dari kealpaan terhadap tanggungjawab kami.
Tanggungjawab kami kepadaMu, rasul2Mu, agamaMu, negara, bangsa, kedua ibubapa kami, saudara2 kami serta keatas diri kami...amin ya rabbal alamin...

No comments: